dear sayang.
semalam mata bengkak.nangis.dari kbm lagi empangan mata hati pecah..haha
sayang..
sudah jer jawab polisi analisis hati rasa patah.kecewa.hampa. hati rasa sudah banyak yang dibaca.. akhirnya hati gagal untuk manjawab soalan itu sayang.
sayang,
berdosa kan hati ni? manangis pada sesuatu yang dah berlaku. yang sudah berlalu. menangis seperti mempersalahkan takdir yang ditulis olehNya dari azali lagi.
kalau tu bukan rezeki hati kan sayang.. macam mana hati buat.. tak dapat jugak..
sayang.. hati nak jadi kuat.. tak mahu menangis lagi.. hati ni sakit sangat semalam. walaupun hati kena reject dengan orang itu, hati tak pernah rasa sepatah ini sayang.
tak pelah sayang..
bukan rezeki hati malam tadi. Allah nak duga hati.. supaya hati ingat.. hati hanya mampu merancang.. tapi, yang menentukan adalah Dia.
hati ni insan yang lemah.. penuh dengan khilaf.. tapi, hati akan menjadi manusia yang cemerlang satu hari nanti. hati tak akan berputus asa.. hati akan kekal meneruskan perjuangan yang masih lagi jauh dan panjang.. sayang doakan yer..
sayang kata.. definisi pelajar cemerlang itu tidak ada jawapan yang tepat..
tapi pada hati,sayang.. hati akan menjadi insan yang cemerlang apabila hati berjaya menjadi pelajar 1st class degree holder.. menjadi anak yang dibanggakan ibu ayah, menjadi isteri yang solehah, ibu yang baik suatu hari nanti..dan hamba yang diredhai Allah sayang..
mulai hari ini, hati berikrar akan menjadi insan lebih baik dari hati semalam dan sebelumnya dan sentiasa memperbaiki diri sendiri dari masa ke semasa..
banyak hajat dan cita cita untuk dicapai ni, kan sayang?
No comments:
Post a Comment