Tuesday, February 22, 2011

kamu dan aku

kamu,
telah lama kita jalin persahabatan ini
andai hancur hari esok
pasti aku berduka lara

kamu,
andai pernah kutusuk sembilu
dengan laku, kata yang melulu,
sehingga kau merintih luka
maafkanlah..
biarpun bicara maaf ini tidak mampu
menghilang parut- parut itu,..
kerana aku insan biasa
yag kadang-kadan aku lupa, alpa
kerana kamu punya hati yang perlu kujaga
tapi,
kalau pernah kuberi permata
jangan kau hilangkan ia..
kerana ia bisa menjadi kenangan terindah
disaat kau teringat insan bernama aku

kamu,
kini berganjak usia
perlahan- lahan kau susur alam dewasa
menjadi gadis sunti berperkerti mulia
dan sebagai teman,
aku akan selalu bangga denganmu..

kamu,
tidak ada kudrat untuk ku lukis kata2 indah buatmu
untuk kubingkaikan betapa aku bertuah
memilikimu sebagai teman
namun,
aku mahu kamu tahu
kamulah anugrah Allah
sahabatku dunia dan akhirat..

terima kasih sahabat
kerana menjadi teman dikala lara,
peneman dikala tawa
terima kasih Tuhan
kerana Kau hadirkan dia...

No comments:

Post a Comment