Bismillah hirahmanni rahim
Sengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Suasana malam tadi hening sekali.sepi. lalu saya membuka entri bloggers, mencari artikel islamik untuk santapan rohani saya. Blog arwah saudara afzal, yang saya baca sangat menyentuh hati saya sehingga sy mengalirkan empangan air mata. Laju, apabila dia bercerita tentang dugaan Allah padanya, dan terlalu besar pengorbanan insan bernama ibu terhadapnya. Subahanallah. Akhirnya dia kenbali juga kepada Pencipta dia, setelah bertarung dengan kenser dalam tempoh yang agak lama. Sakit yang dideritainya menyebabkan saya terasa begitu kagum dengan dia, lantaran dia menghidapi penyakit itu dengan sabar dan tabah, tanpa pernah bersangka buruk pada Allah. Cekalnya dia, sehingga saat terakhirnya, bahkan selepas pemergian dia pun, dia masih memberi kesan terhadap orang lain.
Akhir-akhir ini, persoalan tentang kematian seringkali melewati kotak fikiran saya. Berkali-kali terdetik dengan persoalan itu. Sungguh, berbicara mengenai kematian, menyebabkan saya takut, lantaran dengan ketidaksediaan saya untuk bertemuNya. Usahkan bercerita tentang amalan saya yang berdikit cuma, bahkan saya memang manusia yang mencintai dunia. Lalu bagaimanakah saya berjumpa denganNya? Sedangkan hati ssya tidak mengenal cintaNya?
Kematian rakan yang seusia dengan saya membisikan bahawa soal itu sebenarnya semakin dekat. Semakin dewasa angka usia saya, semakin rapat maut menghampiri. Saya takut, saat nyawa diambil kembali, saya termasuk dalam golongan mereka yang rugi, asytafirullah. Berkali kali pintu hati saya diketuk dengan rahmat hidayahnya, namun, seruaan itu, saya pandang sepi.
Saudara afzal menyentuh hati saya dengan bicara dia terhadap ibunya. Katanya ibu tidak pernah mengalah, memberi semangat, melayan kerenahnya dengan sabar.. subahannalah, ibu saya juga begitu. Dengan sabar, melayan kerenah saya, anak yang degil dan tudak mendengar kata. Malas mengemas rumah, malas belajar, malas memasak, suka mengingkari kata ibu dan ayah saya. Sungguh, bila teringat kembali,. Terasa begitu sesal dengan perbuatan saya. Susu diberi, tuba saya balas. Kejam saya kan? Ibu saya tak sanggup membiarkan saya lapar, sakit, walau kadang kadang, dia juga penat malayan kerenah kami adik beradik. 5 orang semuanya, dengan pelbagai perangai dan citarasa. Makan pun memilih. Tapi umi, tunaikan permintaan kami. Ingin duit diberi duit, ingin kasih sayang, diberi kasih sayang yang tiada hadnya. Tanpa syarat. Insan didunia yang menerima saya seadanya adalah dia. Terima kasih Allah kerana memberi umi dalam hidup saya. Kehadiran umi adalah kekuatan saya untuk melakukan apa sahaja. Umi, semoga umi panjang umur, disembuhkan dari penyakit yang dideritai umi itu, kakak sayang umi, sangat-sangat. Kakak janji akan jadi anak yang baik, yang mendengar semua kata kata umi ye..
Kemudiaan, abah. Selalu sahaja menuduh ayah saya kedekut. Duit dia yang banyak dalam akaun simpanannya disimpan engan cermat, sehingga saya meminta 20 sen ditanya untuk apa akan saya gunakan. Teruk kan saya ni? Tapi sebenarnya saya tak sedar, dia adalah orang yang paling bangga dengan kehadiran saya,. Walaupun saya bukan anak yang terbaik, tapi, sayalah anak pertama yang ditunggu dia setelah 3 tahun dia berkahwin. Sayalah yang pertama yang memanggil dia ayah, sayalah yang pertama yang didukungnya, dengan penuh kasih sayang. Saya tahu abah sayang akan saya. Sebab itu dia sanggup membelanjakan ribuaan ringgit untuk menghantar saya ke universiti, kesekolah berasrama penuh. Membelikan saya apa yang saya ingin makan, ketam, burung puyuh, ikan talapia, namakan sahaja dan dia akan membelinya tanpa ada bantahan. Dipanggil saya comel, si comel besar katanya. Dialah orag yang berbangga dengan kejayaan saya, dialah juga orang yang bimbang dengan tangisan saya. Cuma kadang kadang, dia tidak tahu cara yang perlu dilakukannya untuk meluahkan kasih sayangnya, sehingga saya berasa menjauh daripada dia. Dia juga manusia, yang tidak sempurna.. dan itu saya menjadikan alasan untuk tidak mencintainya. Teruk kan? Padahal dialah insan yang kehulu ke hilir mencari penawar apabila saya sakit. Dia mencintai saya, tanpa syarat. Menyayangi saya sepenuh hati. Lalu saya dapat membayangkan bagaimana kalau saya pergi meninggalkan dia. Pasti sebahagian dari jiwanya turut pergi. Sayalah anak yang dia meletakkan harapan yang tinggi. Bukan untuk membebankan saya, tapi kerana dia percaya yang saya boleh melakukannya. Dia percaya pada kemampuan saya... subahannalah, terima kasih Tuhan, kerana beri dia. Abah, comel janji comel akan cuba berusaha untuk berubah. Menjadi muslimah yang dicintai Allah, yang kenal dengan cinta Allah, menjadi anak abah yang abah harapkan, berjaya didunia dan akhirat, insya Allah.
Dengan adik adik pula, bukan saya tak tahu, mereka juga mencintai saya. Mereka ingin melindungi saya sepenuh hati. Bahkan, sebagai nyawa mereka sanggup mempertaruhkan untuk saya. Saya juga begitu. Cuma kesal dengan layanan saya terhadap adik athirah. Mesti terlalu banyak dia berkecil hati dengan saya. Bukan saya tidak tahu, harapan dia untuk saya menjadi kakak yang hebat. Maafkan kakak.adik, kerana kakak gagal untuk menunjukkan betapa sebenarnya kakak juga amat mencintai kalian. Kita tertawa bersama. Membesar bersama, bahkan kita juga sama-sama menitiskan air mata. Kakak amat mencinti kalian, kerana dengan kehadiran kalianlah, hidup kakak terasa terisi indah... harapan kakak, agar kita semua berjaya menjadi anak-anak yang dibanggakan umi abah, jika Dia memberi peluang dan ruang untuk berbuat begitu adik.
Ya Allah, tak sanggup aku untuk memikirkan apa yang akan terjadi jika Kau ambil salah satu dari mereka pergi dariku. Mereka adalah milikmu, tapi, janganlah Kau ambil mereka disaat aku memerlukan mereka ya Allah. Kau limpahkanlah rahmat dan hidayah kepada insan yang mencintai aku tanpa syarat ini Ya Allah..
Kenalkan aku pada cintaMu,agar dapat aku hargai setiap apa yang Kau kurniakan disekelilingku