Thursday, January 27, 2011

hari yang panjang

dear sayang
hari ni adalah hari yang panjang sangat. terasa sangat penat. saya jadi emo sehingga menimbulkan masalah.saya tahu, mengikut perasaan bukanlah satu perkara yang baik tapi, saya memang ikut perasaan. haha. teruk kan

dear sayang.
usia saya sudah menjangkau angka ke 21 tidak lama lagi. setiap saat yang berlalu menyebabkan saya menjadi semakin dewasa dalam menghadapi hidup yang makin mencabar dan rumit likunya.tapi sayang, sikap dan tingkah laku saya masih lagi kebudak-budakan. seringkali tidak mengunakan pertimbangan yang rasional dalam membuat keputusan sehingga kerapkali, akibat dari keputusan atau tindakan itu, saya terpaksa membayarnya dengan harga yang sangat mahal, iaitu pengalaman yang sangat perit dan menakutkan.

dear sayang,
sayang tahu, betapa saya ingin menjadi wanita dewasa yang matang dalam melakukan setiap tindakan? betapa saya mahu orang-orang disekeliling saya bangga dengan kematangan yang saya miliki. sudah saya cuba untuk megasah pekerti yang baik, akal yang matang, namun jiwa keanak-anakan masih jelas menguasai saya sayang.

lalu sayang,
apakah yang perlu untuk saya lakukan? saya tahu, dengan melakukan kesilapan, adalah menjadi guru yang terbaik untuk saya belajar menjadi dewasa. menjadi satu wadah untuk mengharungi hari-hari mendatang. sayang, harga perih sebuah pengalaman terlalu mahal untuk saya bayar sayang. sehingga tidak sanggup rasanya untuk saya hadapi.

sayang..
saya bukan manusia pengecut. bukan juga seorang manusia berhati penakut.walaupun ada ketikanya hati saya menjadi hati sebesar kuman. sayang, saya tahu, saya adalah seorang manusia yang berjiwa besar. berani dalam mengambil keputusan dan bertanggungjawab dengan keputusan itu. sayang tahu itu kan? kerana itulah saya adalah saya sekarang.

sayang..
saya harap, dangan apajua yang saya lakukan, sokongan sayang tetap bersama saya. saya ingin menjadi insan hebat. insan yang berjiwa besar. insan yang tabah dan sentiasa sabar dalam menempuh hidup. laut mana tak berombak, liku mana yang tak berduri, kan sayang? tapi, untuk mengapai bintang dilangit.. perlu ada pengorbanan yang sangat besar. perjalanannya jauh dan panjang sayang. berbaloi dengan ganjarannya, untuk menjadi sebutir bintang.

biarpun suatu hari, bintang dilangit itu akan mati, tapi bintang itu telah memberi sumbangan yang besar pada entiti dan jasad-jasad yang ada disekelilingnya. seperti matahari biarpun suatu hari akan meniti akhir hayatnya.. sepanjang bersinarnya ia, ia telah menjadi sumber pada hidupan. saya ingin jadi perempuan seperti itu sayang.

sayang.. saya sayang sayang

Wednesday, January 26, 2011

mr teddy bear





dear mr teddy bear..
you transform into this teddy bear..
i shall cut off your head..
or maybe chop off your head,
exactly like this.haha

its a punishment for lying and cause me to be very moody tonight.

bye mr teddy bear..

i wont wait for you anymore..
i want to stop waiting

but you know what?
i wont stop. i am not a stalker, nor a crazy little girl who deeply fall for YOU.
well, i just kinda like u..
=)

may you suffer forever because of me, liking you

THE END

Monday, January 24, 2011

cinta..

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan

dear sayang..

hari ini sama seprti hari hari yang sebelumnya. ceria, gembira, dah juga diluluhkan hati. hari ini, tepat jam 11.27 pagi housemate saya yang tersayang telah temui apa yang dicarinya selama ini. gembira sungguh dia. belum pernah aina lihat dia seceria dan segembira itu..

'ahh.. hidupku terasa bahagia'
'hari ini boleh tidur lena' merupakan ungkapan yang dilafazkan dari bibirnya..
dia tidak putus2, tidak lekang sekuntum senyuman manis terukir pada wajahnya..
menjadikan dia lebih cantik dan berseri dari biasa..

hebat sungguh kuasa mencintai orang lain..
dengan cinta.. hati seseorang berbunga riang, kadang2 menjadi mendung kelabu, menghembus dan membakar semangat, menjadikan seseorang itu bernyawa..
itu pandangan saya. housemate saya telah membuat saya tersenyum dengan senyumannya dan cemburu dengan kebahagiaannya. dia membuat saya terfikir.

saya kata saya juga sukai seseorang
seseorang yng boleh membuat jantung saya berdetak pantas..
menukar amarah kepada tenang, menjadi ketawa daripada duka. dia adalah orang yang seperti itu..

saya sukai dia.
dikala dia disisi, nescaya saya rasa dunia ini saya miliki. masa seolah berhenti bergerak, jantung seolah berhenti berdetak..
terasa pegun, dengan kehadiran dia

perasaan seperti itu sukar digambar dengan kata.kerana tiada perkataan yang sesuai untuk melafazkannya

kerana perasaan saya lebih dari itu

kerana saya telah jatuh cinta

Wednesday, January 19, 2011

ika sayang

dear sayang

A friend is like a flower,
a rose to be exact,
Or maybe like a brand new gate
that never comes unlatched.
A friend is like an owl,
both beautiful and wise.
Or perhaps a friend is like a ghost,
whose spirit never dies.
A friend is like a heart that goes
strong until the end.
Where would we be in this world
if we didn't have a friend.

Monday, January 17, 2011

no topic of dicsussion

akhir2 ni, sy nurul aina rase agak susah hati..
terbeban ciket dgn ape yg berlaku pd diri sy. sy mmg tak faham..
kenapa orang lain nak sibuk2 ambik tahu pasal diri sy?

serabut pun ada gak, sbb sy bukan seorg manusia yg suka ambik tahu hal orang lain

life sy so far.. mayb some claim tak de life langsung.. sbb routine sy pergi kelas, balik kelas.. n attend debate session..

tu je.. kdang2 sy hang out dengan Pah.. sesekali dgn ed..
sy tak faham time bile sy annoy orang lain

kalau dlm kelas.. yes, sy mmg suka bising2..
because by doing this, i knew that at least i am here, in the class..
i desperately want the lecture to notice my present..
to know my existence..
i worked hard.. prep before lecture enter the class..

i dont need your recognition..

but this is too much..

korang buruk2 kan aku cam nie..

pdhal.. aku dah mmg mcm ni, suka tanye dalam kelas.. jawab apa yg pensyarah tanya..
dari part one lg

kenapa baru skrg jd issue?

baru skrg korang condemn2 aku kat belakang..

kalau korang nak mengumpat aku sesama korang tak pe jugak..

ni to the extend aku tahu korang kutuk2 aku cam tu..
tak logik langsung..

pernah sbb aku pensyarah tak habis silibus?

org yg kutuk aku tu, bukan dengar sangat ape yg pensyarah ajar..

buat pandai je tahu..

suka hati akula nak jawab cam mana pun soalan tu..
ada aku susahkan korang?

tak kan?
kalau rasa sakit telinga.. jangan dengar..
aku tak kisah pun..

ni korang kutuk aku sampai discriminate aku

aku pun manusia jugak..
agak2 la..nak benci orang pun..

lagipun.. ape yg aku buat kat korang sampai korang tak suka sgt kat aku?

aku tak paham la...

ke sbb aku dapat score sem lepas?

tu kan rezeki msing2..
kalau korang nak good result..
usaha lah..
jangan asyik nak psiko orang lain..
jatuhkan orang lain

aku penat nak marah..
tapi aku kecewa sangat..

sampai hati korang..

aku tak redha perbuatan korang kat aku..
sampai kiamat..

korg dah berhutang dgn aku.. n aku tak akan halalkan

Tuhan tu adil la

dan doa org yg dkhianat ni dimakbulkan

what goes around,.. comes around..