Monday, January 24, 2011

dear sayang..

hari ini sama seprti hari hari yang sebelumnya. ceria, gembira, dah juga diluluhkan hati. hari ini, tepat jam 11.27 pagi housemate saya yang tersayang telah temui apa yang dicarinya selama ini. gembira sungguh dia. belum pernah aina lihat dia seceria dan segembira itu..

'ahh.. hidupku terasa bahagia'
'hari ini boleh tidur lena' merupakan ungkapan yang dilafazkan dari bibirnya..
dia tidak putus2, tidak lekang sekuntum senyuman manis terukir pada wajahnya..
menjadikan dia lebih cantik dan berseri dari biasa..

hebat sungguh kuasa mencintai orang lain..
dengan cinta.. hati seseorang berbunga riang, kadang2 menjadi mendung kelabu, menghembus dan membakar semangat, menjadikan seseorang itu bernyawa..
itu pandangan saya. housemate saya telah membuat saya tersenyum dengan senyumannya dan cemburu dengan kebahagiaannya. dia membuat saya terfikir.

saya kata saya juga sukai seseorang
seseorang yng boleh membuat jantung saya berdetak pantas..
menukar amarah kepada tenang, menjadi ketawa daripada duka. dia adalah orang yang seperti itu..

saya sukai dia.
dikala dia disisi, nescaya saya rasa dunia ini saya miliki. masa seolah berhenti bergerak, jantung seolah berhenti berdetak..
terasa pegun, dengan kehadiran dia

perasaan seperti itu sukar digambar dengan kata.kerana tiada perkataan yang sesuai untuk melafazkannya

kerana perasaan saya lebih dari itu

kerana saya telah jatuh cinta

No comments:

Post a Comment