
jangan menangis sayang
jangan menangis sayang
meski kau tenggelam dalam sunyi malam
kedinginan dalam suasana yang kelam
bintang disembunyi awan
kerana kamu tidak keseorangan
jangan menangis sayang
meskipun hatimu meronta-ronta
menahan ledakan rindu yang mencengkam jiwa
kerana disaat kau merindu itu,
akan ada insan yang merinduimu,
sepenuh hatinya
walaupun tanpa kau tahu sayang
jangan menangis sayang
meskipun seisi dunia membencimu
menafikan hadirmu,wujudmu..
meskipun berkali-kali kau tersungkur
menyelusuri denai kehidupan
kerana kau ada Tuhan
dan kerana kau ada aku,sayang
jangan menangis sayang
meskipun pabila kuntuman bunga di tanah subur menjadi layu
laut menjadi sepi tanpa gemersik ombak
sungai yang mengalir menjadi kering
tanah menjadi kontang tanpa hadir hujan
kerana sayang
pasti akan ada putik putik bunga galak menumbuh
laut tidak merasa sepi kerana hadirnya nelayan
sungai menjadi dataran yang subur..
hujan pasti hadir jua bersama pelangi..
jangan menangis sayang
duhai ombak,
pukullah pergi tangisan sayangku ini
duhai api..
bakarlah kesedihan hatinya
duhai awan..
redupkanlah gelisahnya
duhai matahari,
terangilah jiwanya
duhai bayu..
hembuslah raganya
agar kesedihan itu,
bukan miliknya
No comments:
Post a Comment