Monday, September 14, 2009

duniaku hari ini

agama untuk mengajar manusia mengerti antara satu sama lain, bertolak ansur, menghormati hak masing masing, bukan gila kuasa, pertumpahan darah untuk memuaskan tuntutan nafsu yang tak berkesudahan

anak anak menangis sendirian, bersorangan di dunia, ketakutan, remaja berusia belasan tahun mengangkat batu; batu kecil untuk menghalang daripade tanah tumpah darah mereka diceroboh,

merayu agar tidak diganggu. menghalang penceroboh memusnahkan rumah yang mereka miliki
akhirnya mereka dibunuh tanpa keperimaknusiaan
digilis gengan kereta kebal,
ditembak sehingga hancur tubuh mereka yang kecil

apa yang saudara seagama mereka- lebih dari satu billion buat?
apa msia lain buat- manusia lain yang ada kaki. mulut. mata . tangan, hati dan manusia yang tahu rasa sakit seperti mereka?

tangisan mereka sudah terlalu kering,
air mata darah sudah seolah tidak lagi bererti

bagaimana lagi yang harus mereka lakukan agar penderitaan yang dialami
diakhiri?

puisi buat anak palestin



Tangis sendu mereka
bagai terngiang di cuping telinga
dekat dan merintih manja
minta belai dan kasih mesra

Tangis anak Palestin itu
bukan cuma sekadar pengharapan
yang kini makin pudar
dimamah gelombang kesatuan yang kian hilang

Anak Palestin itu
menuntut harap
meminta belas
menagih sekota rasa

Bila Ibu ayah mereka kini syahid
Bila negara mereka dirobek rakus
Bila Hidup mereka kian pupus
Dan Pemimpin mereka kini semulusnya
mengikat janji
malara damai
yang tidak kunjung
kerana bangsa yang menggila itu
bukan pemberi simpati
dan rakusnya mereka meratah
tubuh-tubuh yang tidak bersalah

Bangkitlah laungan kesatuan
dalam perjuangan
dalam pengorbanan
dari segenap alam

Kita sebahagian dari mereka
mereka sebahagian dari kita

Hingga lontaran bebatu kerikil jalanan
menghambat 'Yahudi' durjana
dan Islam yang tercinta
pasti ternobat jua akhirnya

No comments:

Post a Comment