terpandang sehelai selendang dibilik teman baik yang tersayang, lalu aku terfikir unduk mengubah address blog ini dengan nama yang pada pandanganku begitu unik dan istimewa
sehelai selendang berbelang2 merah hitam menyebabkan aku terfikir akan hidup aku yang aku tidak tahu kemana akan aku tujui
kegagalan dalam hidup menyebabkan aku menjadi takut dalam melakukan pilihan yang ada.. lebih2 lagi aku bukanlah manusia maksum. dengan khilaf yang aku miliki, seringkali aku leka dalam alam dunia yang sementar ini
garis garis cemburu mekar dihati tatkala melihat teman2 melanjutkan pelajaraan dia negara orang.. matang dan berani dalam menimba pengalaman baru
kekuatan mental and psikologi juga keutuhan jati diri yang dimiliki teman2 amatlah aku kagumi
dalam mencari diri sendiri
aku takut untuk melakukan pilihan
kerna kemungkinan dalam pilihan itu, membuka ruang pada kekhilafan untuk berlaku
apabila khilaf berlaku.. maka hati akan terluka
manusia menperdebatkan bahawa dengan khilafnya itu adalah guru terbaik untuk menjadi matang dalam meniti arus kehidupan
benar, tiada salahnya lagi tetapi luka akibat melakukan kesilapan tetap akan ada..
sekalipun parut dalam jiwa mampu disembuhkan tapi parut dan kesan dari luka tetap tidak akan hilang ditelan usia
hidup adalah ibarat diatas sehelai kertas kanvas yang mana kitalah yang mencorakkan segalanya
kenana khilaf, kita hilang sesuatu adan seseorang yang sangat amat kita hargai dan sayangi
walauapapun yang berlaku dalam hidup kita, sekurang2nya sehingga saat anda menbaca post ini, oksigen masih lagi ditapis masuk kedalam paru2 anda
kita masih lagi mampu tersenyum, tertawa dan kadang2 memangis
walaupun hidup kita kadang2 diuji dari bencana.. tapi kehidupan itu sendiri adalah anugrah Maha Pencipta buat kita
ibarat sehelai selendang..
bukan sahaja kegunaannya untuk menutup rambut yang mungkin kering, serabai dan tidak terurus, tetapi setiap apa yang disuruhNya pasti untuk kebaikan kita sendiri
No comments:
Post a Comment