Thursday, February 18, 2010

the same day, great life

sambungan kepada syarat2 bakal menantu umi and abah saya

my parents bukan orang yg picky sangat
tapi syarat utama yang kena patuhi adalah agama..

n element ni lah pada pandangan saya susah untuk dipatuhi oleh semua orang

sy tak menuduh sudah pupus lelaki2 yang baik dari segi agamanya
yg terpelihara dari pronografi atau element2 yang lain

tapi, jujur.. sangat susah nak cari kan?

mencari mr charming yang perfect pada mata saya

mula2 saya kena baiki diri saya dulu..
seperti yang dikatakan oleh umi saya,
nak jodoh yang baik, kita sendiri mesti jadi yang terbaik supaya sekufu dengan pasangan kita

tapi sy bukan cukup baik lagi..
manja, kebudak2kan, tidak cukup matang..

kata abah saya pulak,
kadang2 org yang dijodohkan untuk kita tu mungkin jahat..
mungkin tak seindah yg kita bayangkan..

yelah, ada pasangan yang isteri solehah, tak putus2 mendoakan kebahagiaan suami, tapi suami tak solat, minum arak.. setiap hari dapat free kick dan maki hamun yg percuma

sy tanya aboh kenapa macam tu abah?

dan dengan senyum abah saya jawab..
kadang2 Tuhan mendatangkan ujian pada seseorang tu dalam bentuk pasangan hidup..
mungkin jugak pada zuriat keturunan..

dan kata abah lagi,
cinta hari ini bukan menjamin kebahagiaan selamanya
sebab kata abah, manusia akan mati..
dan cinta sesuatu yang subtrak yang berbeza2 pada setiap individu

kata abah, kerna tiap apa yang dimiliki manusia itu bukan mutlak sifatnya,
maka hargai setiap apa yang ada di depan kita

kata abah lagi, bukan semua benda yang kita hajati akan kita dapat, sebab tuhan tahu apa yang lebih baik untuk kita..

yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti

selama mana kita menjadi orang yang bersyukur, maka kita adalah orang yang paling laya dalam hidup ni..

huhu,
tapi susahkan nak ajar hati bersyukur?
sampai sekarang saya masih tak rasa sy adalah orang yang betul2 bersyukur...
huhu

sebab itu, saya rasa, kena tunggu lagi..
jadi single lagi..

itu sahaja

adiosa

No comments:

Post a Comment